ABSTRAX® Cara Pembelian
Bagaimana nak membuat pesanan di ABSTRAX® WebStore
Membeli produk ABSTRAX® di laman sesawang adalah sangat mudah. Anda boleh membuat pesanan dengan mudah secara Guest atau terus mendaftarkan akaun bersama ABSTRAX®. Walau bagaimanapun, kami menyarankan untuk anda membuka akaun peribadi dengan ABSTRAX® untuk memudahkan pembelian secara online lebih teratur, sekaligus membantu kami untuk mengesan, melihat sejarah pembelian dan status pesanan dan penghantaran.
Untuk membeli, anda hanya perlu ikut tatacara berikut:
Tatacara Pembelian
Langkah 1: Lawat laman sesawang kami di http://shop.abstraxjingga.com dan klik Sign In / Register for ABSTRAX® WebStore Account. Anda juga boleh membuat pembelian sebagai pelawat (Guest) dan juga boleh mendaftarkan akaun menggunakan akaun Facebook anda.
1.1 Tekan Create New Account
1.2 Isi kesemua informasi peribadi anda (Maklumat Peribadi & Alamat). Pastikan anda mengisi kesemua information yang bertanda (*)
1.3 Jika sudah selesai, klik Sign up Now dan pastikan anda tekan tanda Subscribe to ABSTRAX™ Newsletter dan juga Tandakan X pada Received Mail.
Step 2: Sesudah selesai, emel kepastian akan dihantar ke emel yang didaftarkan. Periksa emel dan pastikan anda mengesahkan proses pendaftaran akaun dengan menekan link di dalam emel ABSTRAX®.
Step 3: Sesudah menekan link tersebut, anda akan mendapat pengesahan yang akaun ABSTRAX® anda telah dikenalpastikan 'Verified'.
3.1 Tahniah! Selesai pendaftaran, anda boleh terus membuat pesanan untuk kesemua produk ABSTRAX® di laman sesawang.
3.2 Sekarang, isikan maklumat emel dan kata laluan anda untuk memasuki akaun ABSTRAX® anda. Masukkan info emel dan kata laluan seperti yang didaftarkan.
3.3 Selesai mengisi, anda akan dapat melihat info peribadi anda di dalam akaun ABSTRAX®, kesemua informasi peribadi anda, sejarah pesanan, akan dapat dilihat. Anda juga boleh melihat dan menukar informasi peribadi, penghantaran, kata laluan dan wish list disini.
Step 4: Sekarang, untuk membeli barangan ABSTRAX®, anda hanya perlu pergi ke produk yang mahu dibeli. Tekan gambar produk dan anda boleh melihat ukuran size baju dengan menekan 'View Sizing Chart'. Teruskan dengan memilih size baju (Sizes) dan kuantiti.
Untuk melihat secara dekat produk, anda boleh menggunakan mouse anda dan letakkan diatas produk untuk melihat dengan lebih terperinci. Tekan enlarge untuk gambar produk yang lebih besar.
4.1 Pilih ukuran baju yang mahu dibeli dan kuantiti. Sistem Webstore akan memaklumkan kepada anda secara automatik status produk samada ianya dalam stok (Available) ataupun tidak (Out of Stock). Isikan kesemua informasi pembelian dan seterusnya klik Add to Cart.
4.2 Sesudah menekan Add to Cart, produk yang anda pilih akan dimasukkan ke dalam Shopping Cart, dan mohon pastikan semua pesanan dibuat mengikut apa yang mahu dipesan. Kik Continue Shopping jika anda mahu terus melihat produk dan accessories lain. Setelah selesai membuat pesanan, pastikan anda menekan Update Cart. Anda juga boleh mengubah produk yang tidak mahu dibeli dengan menekan Remove di tepi produk.
4.3 Masukkan Discount Code dan klik Apply jika terdapat discount code. Buat masa ini, discount codes diberikan mengikut promosi ABSTRAX®. Untuk mendapatkan discount codes, sila pastikan anda menekan tick untuk ABSTRAX® Newsletter.
4.4 Tekan Proceed to Checkout sesudah siap.
4.2 Anda akan terus dihantar ke peringkat Checkout Process. Disini, anda harus pastikan kesemua informasi peribadi, alamat penghantaran adalah betul. Alamat bil (Billing Address) adalah alamat penghantaran (shipping address) anda. Jika anda mahu menghantar ke alamat yang berbeza, sila tekan tick di kotak Ship to Another Address box. Jika tidak, biarkan kotak kosong.
4.3 Anda akan dihantar ke laman sesawang pembayaran (prefered payment method). Disini, anda boleh memilih cara pembayaran. Anda boleh membuat pembayaran melalui Maybank2U Pay, Direct Bank in via Maybank/CIMB/RHB. Buat masa ini, payment gateway untuk credit and debit card masih dalam progress.
4.4 Pilih Payment Method yang bersesuaian. Anda boleh menghantarkan wang secara atas talian, Maybank2U, atau pun secara offline dengan cara Direct Bank In bersesuaian dengan institusi perbankan anda. Kemudian, klik Next.
4.5 Pilih pilihan penghantaran Shipping Method anda. Kami menyarankan anda memilih perkhidmatan pos melalui PosLaju (Domestic). Proses penghantaran adalah dalam masa 1-3 hari berkerja. Di ABSTRAX®, kos penghantaran kami adalah standard RM10 seluruh Malaysia termasuk Sabah/Sarawak (untuk 1-3 produk) dan lebih mengikut berat. Jika anda masuk datang ke Store, pilih pick up di Store Shah Alam atau Bangsar (Tiada bayaran postage dikenakan).
4.6 Click Next
4.7 Ringkasan pembelian akan dipaparkan di muka seterusnya. Mohon pastikan semua informasi adalah betul.
4.8 Klik Next
4.9 Didalam page Check Out Payment, anda akan dimaklumkan tentang terma dan syarat pembelian untuk tatacara penghantaran wang mengikut pilihan pembayaran yang dipilih. Maklumat pembayaran seperti akaun nombor akan dipaparkan.
Kemudian, tekan Click Confirm Your Purchase untuk meneruskan pesanan.
Step 5: Setelah membuat kepastian, didalam Check Out Confirmation Page, anda akan dipaparkan dengan kepastian dimana pesanan anda telah diterima oleh sistem WebStore ABSTRAX®. Kami juga akan menghantarkan ringkasan pesanan ke dalam emel anda untuk tujuan rujukan. Anda boleh melihat emel anda untuk kepastian.
5.1 Didalam inbox emel anda, anda akan mendapat konformasi pesanan telah diterima oleh ABSTRAX®. Sekarang, anda cuma perlu menguruskan pembayaran pesanan melalui direct IBG transfer dari bank anda atau deposit wang anda di mesin deposit di bank yang dipilih (CIMB, RHB atau Maybank). Ikut tatacara untuk memuat naikkan bukti pembayaran di dalam akaun peribadi anda atau anda boleh emelkan bukti slip pembayaran ke info@abstraxjingga.com sebagai bukti pembayaran.
5.2 Emel info@abstraxjingga.com gambar bukti pembayaran beserta Order Reference No. P00000XXXX untuk memudahkan urusan.
5.3. Tunggu emel maklumbalas dari ABSTRAX®. Urusetia ABSTRAX™ WebStore akan memproses pesanan anda mengikut giliran dan waktu bekerja (12-8pm) dan memastikan bayaran diterima. Setelah selesai, ABSTRAX® akan menghantar anda emel untuk memaklumkan pesanan anda akan diproses.
5.4 Mohon tunggu emel maklumbalas dalam masa 1-2 hari bekerja. Semua pesanan akan diproses mengikut turutan.
5.5 Setelah selesai diproses, ABSTRAX® akan menghantar emel kepada anda untuk memaklumkan bahawa pesanan anda telah dihantar dengan tracking number untuk tujuan pengesanan dan tracking.
5.6 Tracking number yang dihantar oleh ABSTRAX® boleh anda guna untuk mengesan status penghantaran melalui laman sesawang Pos Laju Trace & Track Website (Link).
Itu sahaja! Terima kasih kerana menyokong ABSTRAX®.
Jika anda anda sebarang persoalan, mohon majukan emel kepada:
ABSTRAX HEADQUARTERS SHAH ALAM (Co Reg No: 1145507-W)
D-20, Jalan Serai Wangi M, 16/M
Alam Avenue 2, Seksyen 16
40200 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Tel: +603-55244248
WhatsApp: 019-2404248
info@abstraxjingga.com
www.abstraxjingga.com
ABSTRAX JOHOR BAHRU (Co Reg No: 1145507-W)
21, Jalan Dhoby
80000 Johor Bahru
Johor Darul Takzim
Tel: +607-2200628
WhatsApp: 019-7177234
info@abstraxjingga.com